Thursday, March 25, 2010

Kebudayaan Yang Tidak Ku Sanjungi

Kadang-kadang ku rasa bahawa semuanya menipu dan seseorang yang menyampaikannya adalah kata-kata kosong. Nasihat yg diberikan tetapi tidak diamalkan sendiri. Tidakkah mereka perasan bahawa pisang tidak berbuah dua kali? Tidakkah mereka perasan ramai dalam kalangan ini laksamana bunga dedap, merah ada berbau tidak?

Untuk saya, sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu.

Kebanyakan pengamal budaya ini, apabila masalah menimpa sendiri, air tidak menjadi tenang dan hanya bersedih ataupun bermurung. Ku rasa mereka harus menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan terserak.
Jika tidak, sendiri pedih dan ditelan mati emak, diluah mati bapak serta tidur tidak lena, mandi tak basah...

Fahamilah dan amalkan kegiatan positif laksana tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas.

Budaya inilah yg menyebabkan sesetengah orang perit disebabkan majoriti yang lain kerana nila setitik rosak susu sebelanga / seekor kerbau membawa lumpur, semuanya habis terpalit!

Ada juga orang yang merupakan kera mendapat bunga kerana tidak langsung menghargai sesuatu yang amat berharga. Ini merupakan satu mithali yg amat menyedihkan.

Terdapat juga orang yg sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi. Selepas kesal dan nasi sudah menjadi bubur, orang itu hanyalah tahu marahkan pijat kelambu dibakar, tidur terdedah.

Adakala nasihat yg ku berikan pabila ditanya tapi bagaikan hujan jatuh ke pasir. Mengapa ingin sangat memikul biawak hidup?..

Hidupmu merupakan kain putih dan bagaimana mu mencorakkannya adalah dalam tangan sendiri.

No comments: